KOPI KURMA PLUS dengan Gabungan Herba Hebat-baik untuk lelaki & wanita

KOPI KURMA PLUS dengan Gabungan Herba Hebat-baik untuk lelaki & wanita

Date: 1-10-2014


Share to facebook

KOPI KURMA PLUS
Kopi KURMA Plus dirumus khas dengan aroma mempersonakan dan gabungan herba yang hebat bagi memastikan anda bukan sahaja boleh menikmati kopi yang segar dan lazat tetapi dipenuhi pelbagai khasiat. Sesuai untuk lelaki dan wanita..Cuba dan rasai hari ini.

Kopi ini di datangkan dengan gabungan herba hebat

  1. Maca
  2. Kurma
  3. Ubi Jaga
  4. Ganoderma
  5. Tongkat Ali Hitam

MACA

Maca lebih dikenali sebagai "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng" kerana ia membantu meransang libido (tenaga seksual) lelaki dan wanita. Walaubagaimanapun Maca mempunyai banyak khasiat lainnya. Maca merupakan 100% produk semulajadi yang tidak mempuyai kesan sampingan negatif.

MACA vs Viagra

Untuk lelaki dan wanita, Maca digunakan sebagai makanan tambahan yang bersifat semulajadi, menyegarkan dan meransang libido (tenaga seksual). Oleh sebab itu, tumbuhan ini mempunyai gelaran "Peruvian Viagra" atau "Peruvian Ginseng". 

Sejak Viagra diperkenalkan, banyak produk keluaran lain yang turut menembusi pasaran. Kesemuanya bertujuan untuk meningkatkan keupayaan seks. Tidak kurang juga ada di antara produk-produk ini yang kekurangan bukti saintifik terhadap keberkesanannya. Walaubagaimanapun, Maca mempunyai bukti saintifik yang kukuh terhadap kaedah penggunaan dan keberkesanannya. 

UBI JAGA

Di Malaysia kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk merangsang seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya di gunakan. Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama. Kesan ke atas wanita hamil dan menyusukan masih belum diketahui. Oleh itu penggunaan sebarang persediaan herba ini perlu dielakkan ketika hamil dan menyusukan anak kecuali mendapat nasihat pakar perubatan bertauliah

 

GANODERMA

1. Organik Germanium (Ge):
Ia boleh meninggikan kadar penyerapan oksigen oleh darah sehingga 1.5 kali dan meningkatkan kadar metabolisme, mengelakkan kemerosotan tisu. Berdasarkan laporan penyelidikan Dr. Kazuhiko Asai dari Jepun, kandungan germanium Ganoderma adalah 800-2000 p.p.m. iaitu 4-6 kali ganda lebih daripada ginseng.

2. "Polysaccharides":
Ia meninggikan sistem tahan diri/kekalisan dan menghapuskan virus. Farmasi Jepun telah menjadikannya sebagai ubat dan mendapat persetujuan dari Jabatan Kesihatan Koseisho Jepun.

3. Rasa Pahit:
Ia diselidiki oleh bidang perubatan Jepun.
Keistimewaan khasiat Ganoderma adalah kombinasi kandungan germanium dan polysaccharides. Tumbuhan lain mungkin mengandungi salah satu daripada kandungan tersebut, tetapi Ganoderma adalah lebih berkesan. Kombinasi kandungan ini juga adalah berlainan berbanding dengan tumbuhan lain dan semua kandungan ini mestilah dipelihara bagi menjamin keberkesanannya
.

KHASIAT KURMA

1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan �tenaga segera� yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air"

Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang �lambat untuk dicerna� seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2) Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3) Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak," Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan"

6) Merawat penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


TONGKAT ALI HITAM

Tongkat Ali Hitam adalah sangat jarang ditemui dan ia dipercayai terhasil disebabkan kesan yang lebih kuat daripada Tongkat Ali Kuning iaitu spesis paling rapat denganya.. Tongkat Ali Hitam popular dikenali sebagai 'Ginseng Malaysia Hitam' atau 'Asia Viagra' untuk  lelaki dan wanita. Nama saintifiknya dikenali sebagai Polyalthia Bullata. Ia juga dikenali sebagai Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin dan Serat,., tumbuhan ini dikenali kerana nilai perubatannya yang cukup tinggi dan kesan penyembuhan. Tumbuhan ini telah digunakan secara tradisional oleh orang asli sebagai herba perubatan dan afrodisiak.

Tongkat Ali Hitam adalah popular untuk meningkatkan testosteron untuk kedua-dua jantina. Dari segi sejarah, ia telah digunakan sebagai afrodisiak untuk merawat pelbagai kegagalan seksual. Herba ini digunakan oleh pembina badan untuk meningkatkan jisim otot, kekuatan dan tahap tenaga. Ia juga meningkatkan peredaran darah, membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merawat tekanan darah tinggi, batuk kering, demam, demam kuning, cirit-birit dan disentri. Berasaskan tumbuhan herba ini merupakan suplemen yang sangat baik untuk gaya hidup hari ini.

Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan.

Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

CUBA HARI INI JUGA.....