Tips Untuk Buat Iklan Yang Berkesan

Tips Untuk Buat Iklan Yang Berkesan

Date: 26-3-2015


Share to facebook

Membuat iklan adalah perkara yang mudah dan banyak laman-laman iklan percuma yang boleh anda hantar iklan tetapi untuk menjadikan iklananda berkesan adalah suatu kemahiran yang perlu anda ada.. Berikut adalah tips yang ringkas

Buat tajuk yang boleh menarik minat pengunjung klik iklan anda
Tajuk yang menarik adalah kunci kepada kejayaan iklan anda. Tanpa tajuk yang menarik, iklan anda tidak akan klik iklan anda. Anda boleh survey beberapa laman iklan dan lihat tajuk-tajuk iklan dan cuba anda cari mana tajuk iklan yang anda teringin untuk anda klik dan disitu anda tahu bagaimana bentu tajuk iklan.

Kandungan iklan perlu jelas dan dapat memberi perangsang kepada pembaca
Kandungan iklan tidak perlu panjang lebar, cukup beri maklumat yang boleh menarik danmemberi perangsang kepada pembaca untuk bertindak.

Beri panduan kepada pembaca
Jika tajuk sudak menarik, kandungan iklan dah berjaya ikat pembaca, anda perlu beri panduan kepada pembaca bagaimana untuk bertindak dan menghubungi anda. Berikan sebanyak mana cara untuk pengunjung untuk menghubungi anda. Semakin banyak cara perhubungan, semakin banyak anda mendapat respon dan jualan

Respon Dengan Cepat dan Ramah
Jika anda mendapat respon atau panggilan, itu adalah rezeki anda. Jangan lepaskan peluang yang telah datang kepada anda. Anda perlu beri lebih kata perangsang dan miniat untuk pemanggil meneruskan niat.

Follow Up Semula Pemanggil
Anda perlu buat follow up. Anda boleh sms semula pemanggil dan bertanya bila hendak bertindak dananda operlu berikan juga kata-kata semangat untuk mengelakkan pemanggil anda sejuk atau lari ke pesaing anda

Semoga tips-tips di atas berguna untuk anda untuk terus berjaya.